Apa khabar?

Kenapa dengan lagu ini? 

"Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu"

Hidup ni makin lama makin mencabar, makin kita meningkat usia makin menduga.
Makin meningkat usia lah kita mengenal siapa kawan siapa lawan.

"Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah"

Aku selalu fikir, mana silapnya. Mana silapnya yang buat semua ni jadi. Mana yang buat tidak sehaluan lagi? Mana silapnya? Aku sedar silapnya dari diri aku juga, kurang memahami. Setiap hari aku berfikir apa cara untuk pulihkan keadaan semua ini. Setiap hari juga aku berfikir kalau kita masih dalam keadaan yang baik, mesti dah banyak yang kita buat sekarang and create memories kan?

"Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku"

Tahap rindu yang amat hampir setiap hari aku mimpikan dia. Allah sahaja yang tahu. Aku tak kisah berapa ramai kawan aku ada, tapi bila hilang seorang ni cukup untuk buat aku terasa aku hilang semuanya. Allah sahaja yang tahu sedih hati ini hmm.

"Kau kembarku hari ini dan semalam"

Benda inilah yang paling aku tak jangka akan terjadi. Siapa tahu pasal esok? Allah Maha Mengetahui. Sakit hilang seorang sahabat lebih pedih dari sedih hilang seorang kekasih. Itu yang aku rasa sekarang. Not a day shall pass without thinking of this one person, and the tears wont stop falling everytime I think of it, wishing everything will be better on the next day.

I'm sorry dear you, I miss you.
Just, please take a very good care of yourself. Even though I am this far, I still concern about you. I do worry about you, how's your life and how people treat you, and how I wish I was there when you're down and sad or need someone. Doa aku selalu ada dengan kau, semoga Allah jaga kau. Fi hifzillah :)





No comments: